Assalamualaikum w.b.t
Di waktu petang ini, tiba-tiba aku teringat akan sahabat-sahabat ku yang berada jauh di mata tetapi masih dekat dan melekap di hati ini. Aku tahu mereka pun mengingati akan diri ku ini. Boleh di katakan setiap minggu mereka mesti akan bertanya bilakah saat masa hari dan tarikh kami akan berjumpa. Aku hanya menjawab. In Shaa ALLAH kalau ada rezeki dan jodoh mungkin kita akan berjumpa.
Bila aku sendiri, aku terkenangkan saat-saat kenangan manis dan pahit ketika aku bersama mereka. Kadang-kadang dengan tidak sengaja menitis air mata ku. Kami boleh di ibaratkan sebagai adik-beradik (lelaki+perempuan). Tetapi walaupun ada lelaki kami masih menjaga lagi batas pergaulan 'adik-beradik' kami.
Di saat gembira, di saat kami sedih, di saat kami mempunyai masalah. Kami akan sentiasa bersama. Tidak kira pangkat ataupun umur kami memang akan bersama. =) kerana SAHABAT ITU SALING MENGUATKAN
SAHABAT !! Walaupun anda jauh dari diri ku ini. Aku akan sentiasa mengingati anda. Anda sentiasa berada dekat di hati ku. Hanya doa sahaja yang dapat mengiringi kerinduan diri ini terhadap anda semua. Sudah ku anggap anda semua sebahagian dari hidup ku. Tiada anda. Tiada lah orang untuk diri ini bercerita dan mengadu masalah selain dari Yang Maha Esa. In Shaa ALLAH jika ada rezeki kita akan berjumpa. Jika kita tidak berjumpa di BUMI In Shaa ALLAH kita akan berjumpa di akhirat kelak.
This is for u SAHABAT (^___^) i LOVE u SAHABAT
= In Shaa ALLAH our relationship as a SAHABAT in ISLAM till JANNAH =) =
.jpg)

insha Allah.. ^_^
ReplyDeleteIn Shaa ALLAH (^_^) terima kasih sbb sudi baca entry sy yg tak berapa nak comey nih Syuqran :)
Deleteada yang menarik untuk kamu. mari lihat :) http://adorafiq.blogspot.com/2013/03/hot-item-sales-now.html
ReplyDelete