ASSALAMMUALAIKUM salam petang rabu yang indah (^_^)
Terciptanya kita dari kuasa Nya, kembalinya kita kepada Dia juga. Yang hidup pasti akan mati juga. Tidak kisahlah manusia, tumbuhan atau sebagainya. Sedangkan kenderaan yang sudah digunakan berpuluh-puluh tahun pun boleh "nazak". Ini kan kita seorang manusia.
Tanggal 20hb Mac 2013 bersamaan hari rabu 8 J'awal 1434H jam 10 pagi.
Perginya seorang insan yang amat aku sayangi mengadap Allah Yang Maha Esa. Perginya dia tanpa diduga oleh kami semua. Hanya dengan sebab jatuh sahaja. SubhanaALLAH ~ ALLAH itu maha berkuasa dan maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
Mama...... Insan yang aku dan kami sayangi. Pergimu mama diluar dugaan dan kotak fikiran. Mama adalah seorang insan yang aku ibarat seperti mak aku sendiri dan mak kami semua ketika di asrama. Arwah menyayangi kami ibarat anak-anaknya sendiri.
Walaupun arwah nampak seperti seorang yang garang. Tapi bagi kami semua yang sudah mengenali arwah. Arwah sangat baik orangnya. Ketika arwah masih hidup, dia garang dan tegas terhadap kami kerana dia sayangkan kami anak-anaknya dan takmahu kami melakukan perkara yang tidak berfaedah.
YA ALLAH... Mama... Kami sangat merindui Mama. Rindu saat-saat bermanja+bergurau+bercerita dengan Mama. Rindu nak menyanyi lagu "Oh Mama saya mahu kahwin" bila jumpa Mama. Rindu nak peluk cium Mama. Rindu nak makan bersama dengan Mama. Lagi-lagi bila minta order "Mama mau makan apa?" *nada bangla* HEHE Rindu nak makan sahur+berbuka beramai-ramai dengan Mama. Rindu segala kenangan yang pernah kita semua cipta bersama dengan Mama.
SUBHANAALLAH !!! Sangat cepat masa berlalu. Mama pergi mengadap Illahi pada usia Mama 43tahun. Kami redha dengan ketentuanNya. ALLAH lebih sayangkan Mama. Mungkin ALLAH dah tak sanggup melihat hambaNya yang comel lagi manis ini menderita sakit. Dan aku juga sememangnya tidak sanggup melihat dan mendengar yang Mama selalu sakit.
Mama... Hari ini genap seminggu Mama meninggalkan kami. Kami disini hanya mampu menolong Mama yang berada di alam barzakh dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran sahaja. Kami harap dengan cara itu dapat membantu Mama. IN SHAA ALLAH... Dan ALHAMDULILLAH... ALLAH telah permudahkan segala urusan jenazah Mama. Semoga Mama tenang di sisi ALLAH swt. Amin ya robb (^m^). Kita akan berjumpa di padang Masyar nanti MAMA InShaaALLAH.
= AL-FATIHAH buat Mama Rini ku yang paling aku sayangi =
= Segala nasihat Mama akan ku pegang+ingat sampai bila-bila =
.jpg)



