Friday, 1 March 2013

KENAL

Annyeong-haseyo :) Assalamualaikum

Kenal ?? Tak kenal maka tak cinta. Peribahasa yang sering digunakan oleh orang orang dahulu dan juga orang orang yang tengah hangat dalam percintaan/sesi perkenalan antara satu sama lain. Dahulu BC juga begitu. TAK KENAL MAKANYA TAK CINTA dong !!

7 tahun dulu BC mula mengenal apa itu CINTA.

Pengenalan antara BC dan juga dia. Masa itu umur rahsia. But that time I'm so YOUNG. He just 2 years older than me. Dengan dia BC belajar erti cinta dan kasih sayang dan setia kepada seorang lelaki yang tiada pertalian darah. Dia jugalah cinta pertama BC. 2minggu perkenalan BC terima dia sebagai kekasih hati dengan meletakkan syarat kekasih hati bertemakan sahabat.

TAPI... Kita manusia hanya mampu merancangkan ALLAH yang tentukan semuanya. Perkara yang tidak disangka berlaku. Selama 5 tahun kami ber'kawan'. Dia mengambil keputusan berkahwin dengan orang lain. Mak dia minta maaf dengan BC. BC kata nak buat macam mana bukan jodoh kami. Hanya mampu berdoa yang terbaik untuk kebahagiaan rumah tangga dia. Takkan kita nak doakan perkara yang buruk buruk untuk orang yang kita sayang kan ?? 

Mungkin ada hikmah kenapa ALLAH beri hambaNya dugaan sebegini. Mungkin ada salah dan silap kami sepanjang perkenalan kami. Mungkin ALLAH akan beri pada BC orang yang lebih baik dari dia. Hampir setahun lebih juga BC mencuba mencuba dan mencuba untuk melupakan dia. Astaghfirullah Hanya ALLAH sahaja yang tahu macam mana BC waktu itu. Bermacam macam dugaan yang BC terima dalam masa dan saat nak melupakan dia.

SubhanaALLAH hati ini remuk seremuk remuknya. Sampaikan tahap BC mempermainkan hati seorang lelaki yang lain sebagai cara untuk melupakan dia. YaALLAH saat BC tersedar dari perbuatan itu. Terus BC memutuskan supaya tidak mempunyai apa apa hubungan melainkan sebagai SAHABAT. Alhamdulillah lelaki itu boleh terima. Tapi apa yang ada dihati dia tentang BC hanya ALLAH sahaja yang tahu kan.

ALHAMDULILLAH sangat sangat !! Akhirnya dapat juga BC lupakan dia. Walaupun BC tak jadi menantu dalam family dia. Alhamdulillah ukhuwah antara BC dan juga family dia masih terjalin. Syukur Alhamdulillah :)

Mungkin ALLAH akan hantar yang lebih untuk BC. Dan BC akan nantikan saat itu.Doakan ya !! InShaaALLAH amin !!


gambar hiasan :) *sweetkan mereka*

= Jangan cepat dan mudah sayangi seseorang itu sebelum dia sah menjadi ISTERI atau SUAMI kamu :) =


No comments:

Post a Comment