Wednesday, 27 March 2013

MAMA

ASSALAMMUALAIKUM salam petang rabu yang indah (^_^)

Terciptanya kita dari kuasa Nya, kembalinya kita kepada Dia juga. Yang hidup pasti akan mati juga. Tidak kisahlah manusia, tumbuhan atau sebagainya. Sedangkan kenderaan yang sudah digunakan berpuluh-puluh tahun pun boleh "nazak". Ini kan kita seorang manusia.

Tanggal 20hb Mac 2013 bersamaan hari rabu 8 J'awal 1434H jam 10 pagi.

Perginya seorang insan yang amat aku sayangi mengadap Allah Yang Maha Esa. Perginya dia tanpa diduga oleh kami semua. Hanya dengan sebab jatuh sahaja. SubhanaALLAH ~ ALLAH itu maha berkuasa dan maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. 

Mama...... Insan yang aku dan kami sayangi. Pergimu mama diluar dugaan dan kotak fikiran. Mama adalah seorang insan yang aku ibarat seperti mak aku sendiri dan mak kami semua ketika di asrama. Arwah menyayangi kami ibarat anak-anaknya sendiri.

Walaupun arwah nampak seperti seorang yang garang. Tapi bagi kami semua yang sudah mengenali arwah. Arwah sangat baik orangnya. Ketika arwah masih hidup, dia garang dan tegas terhadap kami kerana dia sayangkan kami anak-anaknya dan takmahu kami melakukan perkara yang tidak berfaedah.

YA ALLAH... Mama... Kami sangat merindui Mama. Rindu saat-saat bermanja+bergurau+bercerita dengan Mama. Rindu nak menyanyi lagu "Oh Mama saya mahu kahwin" bila jumpa Mama. Rindu nak peluk cium Mama. Rindu nak makan bersama dengan Mama. Lagi-lagi bila minta order "Mama mau makan apa?" *nada bangla* HEHE Rindu nak makan sahur+berbuka beramai-ramai dengan Mama. Rindu segala kenangan yang pernah kita semua cipta bersama dengan Mama.

SUBHANAALLAH !!! Sangat cepat masa berlalu. Mama pergi mengadap Illahi pada usia Mama 43tahun. Kami redha dengan ketentuanNya. ALLAH lebih sayangkan Mama. Mungkin ALLAH dah tak sanggup melihat hambaNya yang comel lagi manis ini menderita sakit. Dan aku juga sememangnya tidak sanggup melihat dan mendengar yang Mama selalu sakit.

Mama... Hari ini genap seminggu Mama meninggalkan kami. Kami disini hanya mampu menolong Mama yang berada di alam barzakh dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran sahaja. Kami harap dengan cara itu dapat membantu Mama. IN SHAA ALLAH... Dan ALHAMDULILLAH... ALLAH telah permudahkan segala urusan jenazah Mama. Semoga Mama tenang di sisi ALLAH swt. Amin ya robb (^m^). Kita akan berjumpa di padang Masyar nanti MAMA InShaaALLAH.


= AL-FATIHAH buat Mama Rini ku yang paling aku sayangi =

= Segala nasihat Mama akan ku pegang+ingat sampai bila-bila =

Saturday, 9 March 2013

S.A.H.A.B.A.T

Assalamualaikum w.b.t


Di waktu petang ini, tiba-tiba aku teringat akan sahabat-sahabat ku yang berada jauh di mata tetapi masih dekat dan melekap di hati ini. Aku tahu mereka pun mengingati akan diri ku ini. Boleh di katakan setiap minggu mereka mesti akan bertanya bilakah saat masa hari dan tarikh kami akan berjumpa. Aku hanya menjawab. In Shaa ALLAH kalau ada rezeki dan jodoh mungkin kita akan berjumpa. 



Bila aku sendiri, aku terkenangkan saat-saat kenangan manis dan pahit ketika aku bersama mereka. Kadang-kadang dengan tidak sengaja menitis air mata ku. Kami boleh di ibaratkan sebagai adik-beradik (lelaki+perempuan). Tetapi walaupun ada lelaki kami masih menjaga lagi batas pergaulan 'adik-beradik' kami.


Di saat gembira, di saat kami sedih, di saat kami mempunyai masalah. Kami akan sentiasa bersama. Tidak kira pangkat ataupun umur kami memang akan bersama. =) kerana SAHABAT ITU SALING MENGUATKAN


SAHABAT !! Walaupun anda jauh dari diri ku ini. Aku akan sentiasa mengingati anda. Anda sentiasa berada dekat di hati ku. Hanya doa sahaja yang dapat mengiringi kerinduan diri ini terhadap anda semua. Sudah ku anggap anda semua sebahagian dari hidup ku. Tiada anda. Tiada lah orang untuk diri ini bercerita dan mengadu masalah selain dari Yang Maha Esa. In Shaa ALLAH jika ada rezeki kita akan berjumpa. Jika kita tidak berjumpa di BUMI In Shaa ALLAH kita akan berjumpa di akhirat kelak. 


This is for u SAHABAT (^___^) i LOVE u SAHABAT

= In Shaa ALLAH our relationship as a SAHABAT in ISLAM till JANNAH =) =

CERIA (^__^) HAPPY

Assalamualaikum Annyeong-haseyo dunya

ceria ! ceria ! ceria di petang hari ! Pagi ke ?? Tengah hari lah !!Eh !! Petang lah !! Duduk dalam bilik ber aircond punya pasal. Dah tak tau pagi ke tengah hari. Tapi sentiasa CERIA !

CERIAaaaaa ..................... dah macam nak promote Astro Ceria HAHA

Ceria, senyum, gelak, ketawa adalah perbuatan yang sama maksudnya.

Ceria -----> perasaan gembira

Senyum :) -----> bibir mengulaskan sebuah senyuman yang manis, masam, ataupun pura pura senyum HUHU

Gelak dan ketawa -----> perbuatan atau perasaan yang lucu didengari atau dilihat.

Daaaaannnnnnn.... Tersenyum selalu akan membantu diri kita....

BANTU diri kita kelihatan awek muda
BANTU hati kita jadi sabar
BANTU diri kita sentiasa baik dengan orang sekeliling


haa Mulakanlah hari anda dengan SENYUMAN yang MENAWAN IN-SHAA-ALLAH hidup anda akan rasa lebih bermakna (^__^)


= SENYUMAN ITU ADALAH SATU SEDEKAH KECIL ok =) =

Friday, 1 March 2013

KENAL

Annyeong-haseyo :) Assalamualaikum

Kenal ?? Tak kenal maka tak cinta. Peribahasa yang sering digunakan oleh orang orang dahulu dan juga orang orang yang tengah hangat dalam percintaan/sesi perkenalan antara satu sama lain. Dahulu BC juga begitu. TAK KENAL MAKANYA TAK CINTA dong !!

7 tahun dulu BC mula mengenal apa itu CINTA.

Pengenalan antara BC dan juga dia. Masa itu umur rahsia. But that time I'm so YOUNG. He just 2 years older than me. Dengan dia BC belajar erti cinta dan kasih sayang dan setia kepada seorang lelaki yang tiada pertalian darah. Dia jugalah cinta pertama BC. 2minggu perkenalan BC terima dia sebagai kekasih hati dengan meletakkan syarat kekasih hati bertemakan sahabat.

TAPI... Kita manusia hanya mampu merancangkan ALLAH yang tentukan semuanya. Perkara yang tidak disangka berlaku. Selama 5 tahun kami ber'kawan'. Dia mengambil keputusan berkahwin dengan orang lain. Mak dia minta maaf dengan BC. BC kata nak buat macam mana bukan jodoh kami. Hanya mampu berdoa yang terbaik untuk kebahagiaan rumah tangga dia. Takkan kita nak doakan perkara yang buruk buruk untuk orang yang kita sayang kan ?? 

Mungkin ada hikmah kenapa ALLAH beri hambaNya dugaan sebegini. Mungkin ada salah dan silap kami sepanjang perkenalan kami. Mungkin ALLAH akan beri pada BC orang yang lebih baik dari dia. Hampir setahun lebih juga BC mencuba mencuba dan mencuba untuk melupakan dia. Astaghfirullah Hanya ALLAH sahaja yang tahu macam mana BC waktu itu. Bermacam macam dugaan yang BC terima dalam masa dan saat nak melupakan dia.

SubhanaALLAH hati ini remuk seremuk remuknya. Sampaikan tahap BC mempermainkan hati seorang lelaki yang lain sebagai cara untuk melupakan dia. YaALLAH saat BC tersedar dari perbuatan itu. Terus BC memutuskan supaya tidak mempunyai apa apa hubungan melainkan sebagai SAHABAT. Alhamdulillah lelaki itu boleh terima. Tapi apa yang ada dihati dia tentang BC hanya ALLAH sahaja yang tahu kan.

ALHAMDULILLAH sangat sangat !! Akhirnya dapat juga BC lupakan dia. Walaupun BC tak jadi menantu dalam family dia. Alhamdulillah ukhuwah antara BC dan juga family dia masih terjalin. Syukur Alhamdulillah :)

Mungkin ALLAH akan hantar yang lebih untuk BC. Dan BC akan nantikan saat itu.Doakan ya !! InShaaALLAH amin !!


gambar hiasan :) *sweetkan mereka*

= Jangan cepat dan mudah sayangi seseorang itu sebelum dia sah menjadi ISTERI atau SUAMI kamu :) =


SELAMAT TINGGAL , SELAMAT DATANG

Assalamualaikum , Annyeong-haseyo , Salam hari jumaat :)

Masa sangat pantas berlalu. Hanya seketika Februari sudah meninggalkan kita. Terasa seperti semalam baru melihat 1 Feb.

Selamat tinggal Februari :(

Selamat datang Mac :)

1 Mac yang jatuh pada hari Jumaat yakni penghulu segala hari. Semoga bulan ini penuh dengan barakah. Semoga 744 jam dalam bulan Mac ini dapat digunakan sebaik mungkin dan dipenuhi dengan perkara perkara yang berfaedah. In Shaa ALLAH :)

choshimhashipshio !! Assalamualaikum ^^

Wednesday, 27 February 2013

KELAHIRAN

Assalamualaikum w.b.t. 

Lahirlah satu blog BUTTERFLY CERIA pada hari RABU (wednesday) bersamaan jam 1722 (waktu tentera). 

Dan ini hanyalah satu perkongsian dari BC. 

Tiada kena-mengena dengan yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia.

Annyeong haseyo :)